Sunday, June 26, 2011

jalan hidup :')

saya tak pandai berpuitis .
saya jugak tak bijak hasilkan karya hebat .
tapi , saya ade sekeping hati yang boleh berkata2 .

hidup ni satu perjalanan yg panjang .
banyak kesusahan kite kene tempuh .
selagi kite sabar n tabah dalam nak hadapi semua tu ,
kite mesti berjaye .

setiap yg berlaku ade hikmah nye .
same ade kite berani atau tak je nak cube .
even kalau someone patah kan hati kite ,
kite kene kuat jugak tempuh .
walau pon kite sedih n kecewa macam mane pon ,
kite kene hadap jugak .
mungkin lebih mudah berkate2 ,
tapi hati yg menanggung takde sape yg tahu .

ape bole buat ?
bukan kite mintak .
tapi Tuhan yg tentukan .
kite sebagai hamba kene terima la .
mesti ade sebab kenape takdir kite macam ni .

kite tak bole nak salahkan takdir atau sesiape pon .
cube kite renungkan ape yang jadi tu .
mungkin Tuhan sengaje nak temukan kite dengan org yg salah dulu .
sebelum kebahagian hakiki datang jumpe kite , kan ?

jangan lah membenci atau menyalahkan sesiape .
sebab kadang2 yg berlaku tu mungkin berpunca dr kite jugak .
cuma kite tak sedar atau tanpa kite sengaje .
who knows right ?

anyway , all things happen for a reason .
keep strong n be brave .
how much hurts you are , remember .
u always have your family , friends n people around u .
they care bout u .

ok ? :))

Wednesday, October 6, 2010

renung2 kan la ~~

Kepade mreke2 yg nk menghantar dan menerime hantaran...pk2n

“Sayang, tengok nih. Cantiknya AlQuran nih. Warna keemasan. Sesuai untuk kita buat hantaran” pekik Jamilah kepada Nabil...

“Sini pun cantik juga. Warna unggu keemasan. Mana satu kita nak beli nih” balas Nabil.

Mereka sedang asyik mencari bahan-bahan untuk dibuat hantaran. Tinggal satu lagi yang masih dicari-cari iaitu AlQuran yang bakal dijadikan hantaran.

“Tapi, yang ni lagi best, ada terjemahan arab” keluh Jamilah.

“Ala, awak bukan reti pun bahasa arab” jawab Nabil. Tergelak Jamilah. Berbahagia rasanya dapat calon suami seperti Nabil. Prihatin.

“Apa yang saudara cari tu. Nampak seronok saya lihat” tegur pakcik berbaju putih. Jaluran baju ke bawah menampakkan lagi seri wajah seorang pakcik dalam lingkungan 40-an.

“Oh, kami cari AlQuran. Nak buat hantaran. Maklumlah, nak bina masjid” sengih Nabil. Jamilah ikut senyum tidak jauh dari situ..

“Oh. Bagus lah. Adik selalu baca waktu bila?” pakcik menyoal sambil tersenyum.

“Aa.. aa.. lama dah saya tak baca, pakcik“ teragak-agak Nabil menjawab. Jamilah sudah di sebelah rak yang lain.

“Kalau gitu, tak perlu lah beli AlQuran kalau sekadar hantaran. Kesian ALQuran. Itu bukan kitab hiasan, dik” tegur pakcik berhemah.

“Alah, pakcik nih. Kacau daun pulak urusan orang muda. Kami beli ni nak baca la” tiba-tiba Jamilah muncul dengan selamba jawapannya.

“Oh, baguslah. Kalau gitu beli lah tafsir ArRahman. Ada tafsiran lagi” cadang pakcik. Mukanya nampak seperti orang-orang ahli masjid.

“Ala, besar lah pakcik. Kami nak pilih nih. Kiut lagi” senyum Jamilah mengangkat bungkusan AlQuran warna unggu keemasan. Saiznya kecil.

“Jangan lupa baca ya” pakcik dengan selamba sambil meninggalkan pasangan tersebut.

“Sibuk je la pakcik tu” Jamilah mengomel.

Nabil kelihatan serba salah. Mungkin ‘terpukul’ dengan kata-kata seorang pakcik yang muncul secara tiba-tiba.

Hari yang dinantikan sudah tiba. Mereka sudah bersolek. Hari nan indah. Terlalu indah buat pasangan teruna dan dara yang bakal disatukan. Nabil dan Jamilah tidak sabar-sabar menantikan ucapan indah tersebut. Pak imam baru sahaja sampai.

“Assalamualaikum semua” ucapan salam Pak Imam bergema.

Nabil bagai hidup semula. Dirinya terkejut. Jantung bagai gugur serta merta. Mungkin tidak percaya apa yang dipandangnya dihadapan. Ahli-ahli keluarga berebut-rebut bersalaman dengan Pak Imam. Mukanya berseri-seri. Janggutnya putih. Jubah putih. Rambutnya ada yang berwarna putih.

“Inikah pengantin hari ini?” tegur selamba Ustaz Saad.

“Pak.. Ustaz.. kabar baik, pak... usta.. ustazz..” jawab Nabil mengigil. Jamilah juga terkebil-kebil melihat kelibat orang yang dikenali di kedai buku 2 bulan lalu.

“Oh, sebelum tu, saya suka mendengar bacaan adik Nabil. Mudah-mudahan kita dapat mengambil manfaat dari bacaan pengantin” cadang Ustaz Saad. Kelihatan orang ramai mengiyakan. Maklumlah, ustaz Saad merupakan antara orang dikenali oleh ahli-ahli sebagai penceramah tetap setiap hari Khamis selepas maghrib.

Nabil menelan air liur. Baginya inilah saat paling menyeramkan bagi dirinya. Peluh membasahi baju melayu satin berwarna putih.

“Ss.. su.. surah apa ustaz?” Nabil cuba mengagahkan diri. Jamilah masih melihat dari tepi tirai. Memegang kepalanya. Seperti mengagak benda yang sebaliknya berlaku.

“Oh, ayat yang mudah ja. Baca 3 ayat Surah ArRa’d” kata ustaz Saad sambil menunjukkan baris giginya yang putih hasil bersugi setiap solat mengikut sunnah nabi. Surah Ar Rad

Surah Ar Ra'd

“ Apa benda nih ” detik hati Nabil.

“ Bismillahirrahmaani rrahim.. ALL..MAA.. RIII..!! ” berlagu Nabil.

Kelihatan gemuruh satu rumah pengantin perempuan. Ada yang keluar dari rumah menahan gelak. Ada yang mengeluarkan air mata menahan kelucuan. Ada yang menggeleng-geleng kepala. Ibu bapa Jamilah merah padam wajahnya. Jamilah entah ke mana, mungkin berpura-pura ke tandas.

“ Baru ustaz tahu ada kalimah almari di dalam ALQuran. Adik Nabil, cara bacanya seperti begini : A ’ uzubillahiminnassya itaanirra jim.. Bismillahirrahmanir rahim.. ALIF.. LAMM.. MIMMM... RAA.. ” kedengar suara gemersik Ustaz Sa ’ ad. Orang ramai kelihatan ingin mendengar lebih banyak lagi alunan irama ALQurannya.

Nabil berasa seperti kilat menyambar kepalanya.

“ Nabil, kamu jangan merendah-rendahkan kitab petunjuk iaitu AlQuran. Ianya hendaklah dibaca bukan sekadar dijadikan hantaran. Malah lebih malang perlakuan seperti ini seolah-olah menghina ALQuran. Beli ALQuran kemudian menaruh di tempat-tempat tinggi seolah-olah ianya sudah cukup bagi seorang muslim ” tazkirah sudah bermula. Orang ramai memang senang cara penyampaian ustaz Sa ’ ad.


“ Tinggi mana pun kamu belajar, tiada gunanya kitab yang tidak berubah ini tidak mampu kamu baca. Kitab ini pasti begini rupanya, ayatnya tetap sama, kedudukannya tidak sama. Malah, ketahuilah Allah akan menjaganya sehingga hari kiamat. Nabil, kalau kamu tahu orang-orang yang mengaku kitab AlQuran sebagai kitab petunjuk kemudian diabaikan dia pasti dilaknat oleh AlQuran itu sendiri. Tetapi beruntungnya orang-orangnya memanfaatkan AlQuran setiap hari, membacanya, menghafalnya, mengamalkan menjadikan hati terlalu tenang walapun dia bukannya seorang yang tinggi pelajarannya, kaya hidupnya dan sebagainya.. ” penutup Ustaz Sa ’ ad sudah dikagumi orang terutama yang mengikuti ceramahnya.

Hari semakin cepat berlalu..

Nabil sudah melalui hari-hari yang indah. Kitab ALQUran yang menjadi hantaran pertunangan sudah menjadi diari kehidupannya yang aktif setiap hari.

Pit.. Pit! Jangan lupa datang rumah ustaz malam nih. Kita belajar sama-sama. Jangan lupa bawa isteri sekali ya Nabil. SMS dari ustaz Sa ’ ad tiba. Jamilah senyum disisi suaminya, Nabil.    read dis..     

Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) said: 'When a man dies and his relatives are busy in funeral, there stands an extremely handsome man by his head. When the dead body is shrouded, that man gets in between the shroud and the chest of the deceased.

Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) bersabda : 'Bila seseorang lelaki itu mati dan saudaranya sibuk dengan pengebumiannya,  berdiri lelaki yang betul-betul kacak di bahagian kepalanya. Bila mayatnya dikapan, lelaki itu berada di antara kain kapan dan si mati.

Selepas pengebumian, semua orang pulang ke rumah, 2 malaikat Mungkar dan Nakir, datang dalam kubur dan cuba memisahkan lelaki kacak ini supaya mereka boleh menyoal lelaki yang telah meninggal itu seorang diri mengenai ketaatannya kepada Allah. Tapi lelaki kacak itu berkata, Dia adalah temanku, dia adalah kawanku. Aku takkan meninggalkannya seorang diri walau apa pun. Jika kamu ditetapkan untuk menyoal, lakukanlah tugasmu. Aku tidak boleh meninggalkannya sehingga aku dapati dia dimasukkan ke dalam Syurga.'

Thereafter he turns to his dead companion and says, 'I am the Qur'an, which you used to read, sometimes in a loud voice and sometimes in a low voice. Do not worry. After the interrogation of Munkar and Naker, you will have no grief.'

Selepas itu dia berpaling pada temannya yang meninggal dan berkata,'Aku adalah Al-Quran, yang mana kamu membacanya, kadang-kadang dengan suara yang nyaring dan kadang-kadang dengan suara yang perlahan. Jangan bimbang. Selepas soal siasat dari Mungkar dan Nakir, kamu tidak akan bersedih.'

When the interrogation is over, the handsome man arranges for him from Al-Mala'ul A'laa (the angels in Heaven) silk bedding filled with musk.

 Selepas soal siasat selesai, lelaki kacak mengatur untuknya daripada Al-Mala'ul A'laa (malaikat dalam Syurga) tempat tidur dari sutera yang dipenuhi bauan kesturi

Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) said: 'On the Day of Judgement, before Allah, no other Intercessor will have a greater status than the Qur'an, neither a Prophet nor an angel.'

Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) bersabda :'Di hari pengadilan, di hadapan Allah, tiada syafaat yang lebih baik darjatnya daripada Quran, mahupun dari nabi atau malaikat.'

Please keep forwarding this 'Hadith' to all ....because

Sila sebarkan Hadis ini kepada semua ........kerana

Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) said:

'Pass on knowledge from me even if it is only one verse'.

'Sampaikan pengetahuan dari ku walaupun hanya satu ayat.'

Thursday, August 12, 2010

menyampah !

1st of all na wish selamat menyambut bulan ramadan al mubarak kepade sumer umat islam kat atas muka bumi tuhan neh . mudah-mudahan kita sentiasemendapat keberkatan dariNya . cewaah ! 1st day puase berhajat ke kelas dgn berbaju kurung . semangat giler ! bersame2 flat shoes itam yg bru beli kat TS . huhu ! seronok sgt rase ! almaklum la bukan senang nak tengok aq neh berbaju kurung ke sane ke mari . haha ! penat sikit hri neh . sebab ade lab plak tuh . balik je bilik , trus jadik cm manusia x sedar diri . haha ! nk d jadikan cerita , pukul 6.30 ptg tuh , aq ngn geng2 fak aq pegi la ke kedai mkn BBB kt seksyen bape tah . dengan penuh rase semangat nak buke , kami pon bergerak la . punye la frust , kedai tuh tutup . so , dengan saki baki harapan yang ade , kami usha la plak bazaar kt bangi tuh . maka terbayang2 la wedges sedap kat c tu , tapi harapan hanya tinggal harapan jek . bazaar tuh baek x payah bukak jek . hampa ! pikir punyer pikir , teringat plak kat kedai KUALI n AZURA yg femes ngn budak UKM tuh . berhajat nak berbuke kat c tuh lah . tapi tetap hampa . sadis sungguh rase ! dgn harapan yg tinggal 0.00000001 % tuh , kami bergerak pulak ke bazaar yg dekat2 ngn area kedai makan tuh jugak . n da result is dapat air jagung sebungkus + ayam kepak madu . pastu pikir plak , mane nk dapatkan nasik neh . sesungguhnya , ALLAH itu adil ke atas sumer hamba2 Nya . ade la 1 kedai makan yg x penah kami pegi neh buke . maka berbuke la kami d c tuh . fuhh ! lpas dpt nasik , dalam mase 6 minit je , licin pinggan diorang . kecuali pinggan aq . haha ! mati selera la weyh . huh ! tp xpe . ALHAMDULILLAH ! mlm tuh plak ade meeting dinner INTEG . balik bilik da pukul 10.30 . tido sat then g sahur roti canai kat cafe . roti canai tuh memang sedap . tp kan yg membuat kan aty makin panas biler dpt layanan bro cafe yg macam nak mkn kaki . haha !saketnye haty ! xpasal2 TERcarut2 dpn roti canai yg xbersalah tuh . bro cafe , kau tayah nak bajet2 sangat la . ingt kau howt sangat ker ? menci tol la ngn kau ! hangin jek mak ! huh ! da la . gudnite !

Friday, July 30, 2010

duniawi . . .

Sekumpulan lelaki berada di bilik persalinan di salah sebuah kelab ekslusif lagi mewah di pusat bandar, setelah keluar dari gim. Tiba-tiba kedengaran deringan telefon bimbit di penjuru bilik tersebut. Seorang lelaki menjawab panggilan itu dan terjadilah perbualan seperti berikut.
Lelaki: Hello?
Perempuan: Abang, Sayang nie.
Lelaki: Eemmm…
Perempuan: Abang masih ada di kelab lagi ke?
Lelaki: Ya…
Perempuan: Sayang sekarang ni berada di kompleks beli belah dua blok dari kelab abang tu. Sayang ada nampak kain sutera terbaru…cantik bang, boleh ke Sayang beli?
Lelaki: Berapa harganya?
Perempuan: Cuma RM1500.00 aje.
Lelaki: OK, belilah kalau memang awak dah suka sangat.
Perempuan: Ahhh, terima kasih ye bang dan tadi sebelum datang sini Sayang ada singgah di Cycle & Carriage dan tengok Mercedes model terbaru 2001. Sayang suka kat satu model tu. Dan Sayang dah bincang dengan jurujualnya dan dia setuju nak bagi good price. Lagipun elok juga kita tukarkan dengan BMW yang kita beli tahun lepas tu…
Lelaki: Berapa harga yang dia bagi?
Perempuan: Cuma RM280,000 …
Lelaki: “OK tapi pastikan harga tu dah on the road.
Perempuan: Bagusnya!! Sebelum letak telefon ni, ada satu perkara lagi…
Lelaki: Apa?
Perempuan: Abang jangan terkejut pulak, Sayang dah semak akaun bank abang dan….pagi tadi Sayang singgah di pejabat ejen hartanah dan Sayang dapat tahu rumah yang kita tengok tahun lepas tu, sekarang ni untuk dijual!! Abang ingat tak? Rumah yang ada kolam renang bentuk ‘hati’ tu, ada taman orkid kat belakang, berhadapan dengan pantai tu…cantik, kan bang?
Lelaki: Berapa harga yang mereka minta?
Perempuan: Cuma $740,000… OK kan bang, dan Sayang tengok dalam akaun kita boleh cover harga tu.
Lelaki: Eloklah kalau macam tu, confirm cepat sebelum orang lain beli, tapi cuba dapatkan harga $700,000.OK?
Perempuan: OK, abang Sayang, terima kasih bang, kita jumpa malam nanti ye!! I Love You !!!”
Lelaki: OK, I Love you too….
Lelaki itu berhenti bercakap, menutup flap telefon bimbit tu…sambil mengangkat tangan memegang telefon bimbit tu dan bertanya pada yang ada dalam bilik tersebut:
“ADA SESIAPA TAHU KE HANDPHONE NIE SIAPA PUNYA?” ^.^
Too happy till she cant recognize his husband voice .. (”) found this joke at friend‘s blog .. Lucky if have a husband like this …

Friday, May 21, 2010

err...
semalam pegi tengok cite shrek 4....
yg 3D punyer...haha...
1st movie kluar...org pon xramai...
b4 tuu pegi tman member mkn...
sblom tuu mr.cool sy smpai...
muke die sgt suram..muram..cm org mati bini...
cian die...saket pale upenyer...huhu...
kalau la die sy punyer,sy da tolong ubatkan...haha..
back to da story...cite tuu bez...
after dis,no more shrek...da tuu yg final episode...
pas je abes movie,pod balek uma...mr.cool sy pon balek uma...
tinggal la sy bersame2 ngn gossip guy n bashirah...
mule2 ingt nk pegi OU...tp xjadik...pegi la sunway...
smpai sunway,bashirah n azfar pergi solat dulu...sy hanye menonton saje la...
(p/s:ta bole la..hehe)
then,pegi la jalan2...msuk guardian smpai 2 kali..haha..
pastu,try contact peminat zila...encik remy farrel...
die kate ujan...minyak xde...
so,sambung la jalan2....gossip guy nk mkn plak...
sbb b4 tuu,die nak makan jugak...
tp bile je tgk muke mr.cool sy yg suram muram tuu...xde selera nak makan...
then,pas je asar,pulang la kami ke UKM...
sbb miss bashirah mau pulang ke penang...balek uma..
hurmmm.....skunk nih...kt bilik...
da xtaw nk wtpe...hubby sy plak nga exam skunk nih...
so xley nk kacau die...ok la...smpai d sini saje...